1 Followers
24 Following
BenStrange

BenStrange

Apakah Simptom dan Penyebab Sakit Pinggang Kanan

Hari itu saya menolong rakan sekerja saya mengangkat kotak untuk disimpan di dalam setor. Berat juga kotak-kotak tersebut. Tambah pula kena naik tangga pasal lif rosak. Lagi susah. Sambil duk khusyuk naik tangga tersilap langkah dan hampir terjatuh. Saya pun berhenti nak rehat sat. Bila nak mula angkat balik saya pun tunduk nak angkat kotak dan pada masa itu saya rasa sakit pinggang kanan (right back pain) yang teramat sangat. Saya memberitahu rakan saya yang saya terpaksa berehat sebentar kerana pinggang sebelah kanan saya memang terlalu sakit. Saya mengambil panadol 2 biji dan terus pulang ke rumah untuk berehat. Rasanya kalau sakit ini tidak surut saya terpaksa pergi ke klinik dan berjumpa dengan seorang doktor supaya masalah ini dapat diselesaikan.