1 Followers
24 Following
BenStrange

BenStrange

Sakit Rusuk Kiri

 

Baru hari itu sahaja saya menunggang motosikal ingin ke rumah kawan saya. Saya pada masa itu tidak memakai helmet kerana rumah kawan saya dekat sahaja dengan rumah saya. Selalunya nak ke rumah dia saya gunakan lorong kecil kononnya jalan pintas. Sambil saya duk menunggang dalam lorong tersebut secara tiba-tiba sebuah kereta melalui lorong tersebut dan melanggar saya. Saya tidak dapat mengawal motosikal saya lalu jatuh. Kereta tersebut telah memecut dan tidak berhenti langsung. Saya terpaksa bangun dengan sendiri dan pada masa itu saya rasa sakit rusuk kiri. Saya berasa sangat bimbang tulang rusuk saya patah atau berlaku benda lain. Dengan segera saya ke rumah rakan saya dan memberitahunya apa yang terjadi. Dia membawa saya ke klinik kerana bimbang saya mungkin mengalami tulang patah atau tulang telah mencucuk sebarang organ penting dalam badan.