1 Followers
24 Following
BenStrange

BenStrange

Apakah Penyebab Najis Berminyak (steatorrhea)

Pada hari Sabtu yang lepas, saya baru balik dari kenduri saudara saya. Saya memang seorang yang gemar makan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Di kenduri yang saya hadiri juga saya makan kambing dan daging dalam kuantiti yang agak banyak. Sampai sahaja di rumah perut saya berasa kurang selesa. Saya pun berlari ke tandas untuk buang air besar. Setelah buang air besar, saya berasa lubang dubur saya berasa sangat pedih. Apabila melihat najis saya, saya mendapati najis berminyak (steatorrhea). Ianya mengandungi lapisan minyak pada bahagian atas yang sedang terapung dalam mangkuk tandas tersebut. Saya mula berasa bimbang kerana perkara ini tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini. Baru saya tersedar kata saya makan banyak sangat makanan berlemak dan ianya tidak dihadamkan dengan elok kemungkinan kerana terdapat sesuatu masalah dalam tubuh badan. Ianya lebih baik untuk diperiksa oleh doktor dan juga saya harus mengurangkan makanan yang tidak sihat seperti ini.