Osteocap adalah golongan Vitamin D yang digunakan untuk merawat pesakit dengan penyakit buah pinggang yang tidak dapat membentuk Vitamin D aktif yang mencukupi. Ia mengandungi Calcitriol yang digunakan untuk mencegah penyakit yang berkaitan dengan masalah kalsium, fosforus dan paratiroid. Seperti ubat yang lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingannya yang berikutan seperti loya, muntah, cirit-birit, kehilangan selera makan, perut kembung, sakit mata, sensitif terhadap cahaya dan banyak lagi. Sekiranya mengalami sebarang simptom ini atau lain, segera bekejar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan dengan segera tanpa melengahkan masa. Penggunaan ubat ini haruslah seperti yang direkomenkan oleh doktor dan bukan sesuka hati atau atas nasihat kaum kerabat. Hal ini adalah kerana sekiranya diambil melebihi kuantiti yang dicadangkan dapat mengundang masalah kronik yang menjejaskan kesihatan. Oleh itu, ianya akan menjadi lebih baik untuk mendapatkan pemerhatian dan rujukan seorang doktor sebelum menggunakan ubat ini.