1 Followers
24 Following
BenStrange

BenStrange

Trimetazidine

Trimetazidine adalah ubat anti angina yang digunakan untuk sakit jantung. Ia mengandungi Trimetazidine Dihydrochloride yang digunakan untuk merawat sakit jantung. Ia juga digunakan untuk fungsi lain seperti vertigo, tinnitus, gangguan pada mata disebabakan oleh saluran darah. Seperti ubat yang lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingannya yang berikutan seperti loya, muntah, cirit-birit, perut kembung, kegatalan, dyspepsia, kegatalan dan banyak lagi. Sekiranya mengalami sebarang simptom ini atau lain, segera bekejar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan dengan segera tanpa melengahkan masa. Penggunaan ubat ini haruslah seperti yang direkomenkan oleh doktor dan bukan sesuka hati atau atas nasihat kaum kerabat. Hal ini adalah kerana sekiranya diambil melebihi kuantiti yang dicadangkan dapat mengundang masalah kronik yang menjejaskan kesihatan. Oleh itu, ianya akan menjadi lebih baik untuk mendapatkan pemerhatian dan rujukan seorang doktor sebelum menggunakan ubat ini.