1 Followers
24 Following
BenStrange

BenStrange

FobanCort Cream 5mg

FobanCort Cream 5mg merupakan sejenis ubat sapu yang digunakan untuk mengurangkan masalah pada kulit seperti keradangan dan kegatalan yang timbul akibat jangkitan bakteria. Ia mengandungi fusidic acid (asid fusidik) dan betamethasone dipropionate yang membantu mengurangkan simptom keradangan kulit. Seperti ubat lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan yang boleh diundang berikutan penggunaannya seperti kemerahan kulit, kegatalan kulit, ruam, kulit berasa panas atau pedih, folikulitis, jerawat dan banyak lagi. Sekiranya anda mendapati mana-mana kesan ini atau yang tidak dinyatakan melanda anda, maka dengan segera anda dikehendaki bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan yang sedia ada bertambah teruk. Selain daripada itu juga, ubat ini janganlah anda memberikan kepada orang lain yang mempunyai simptom yang sama seperti anda. Oleh itu, ianya lebih baik untuk berjumpa dengan seorang doktor terlebih dahulu. Anda juga dicadangkan mengambil ubat ini atas arahan dan nasihat doktor sahaja serta jangan melebihi dos yang telah ditetapkan.