Binozyt 250mg merupakan sejenis antibiotik yang digunakan untuk membasmikan jangkitan kuman. Antara penggunaannya ialah seperti jangkitan alat sulit, jangkitan bakteria, jangkitan pundi kencing, jangkitan saluran pernafasan dan banyak lagi. Seperti ubat lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan yang boleh diundang berikutan penggunaannya seperti sakit perut, loya, muntah, cirit-birit, gemuruh, ruam dan lain- lain. Sekiranya anda mendapati mana-mana kesan ini atau yang tidak dinyatakan melanda anda, maka dengan segera anda dikehendaki bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan yang sedia ada bertambah teruk. Selain daripada itu juga, ubat ini janganlah anda memberikan kepada orang lain yang mempunyai simptom yang sama seperti anda. Oleh itu, ianya lebih baik untuk berjumpa dengan seorang doktor terlebih dahulu. Anda juga dicadangkan mengambil ubat ini atas arahan dan nasihat doktor sahaja serta jangan melebihi dos yang telah ditetapkan.