Allersine Eye Drop merupakan ubat yang digunakan untuk melegakan masalah yang berkaitan dengan mata seperti kemerahan, keradangan, kegatalan dan lain-lain. Ia mengandungi Tetrahydrozoline hydrochloride yang membantu mengecilkan saiz saluran darah pada mata untuk mengurangkan mata merah. Seperti ubat lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan yang boleh diundang berikutan penggunaannya seperti gangguan pemandangan, pemandangan menjadi kabur, sakit mata, mata merah, pedih mata, kegatalan pada mata dan banyak lagi. Sekiranya anda mendapati mana-mana kesan ini atau yang tidak dinyatakan melanda anda, maka dengan segera anda dikehendaki bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan yang sedia ada bertambah teruk. Selain daripada itu juga, ubat ini janganlah anda memberikan kepada orang lain yang mempunyai simptom yang sama seperti anda. Oleh itu, ianya lebih baik untuk berjumpa dengan seorang doktor terlebih dahulu. Anda juga dicadangkan mengambil ubat ini atas arahan dan nasihat doktor sahaja serta jangan melebihi dos yang telah ditetapkan.