Diane-35 (Pr) merupakan sejensi ubat yang mempunyai dua bahan utama sebagai ramuan iaitu Cyproterone serta Ethinyl Estradiol. Kedua-dua bahan ini apabila dicampur boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat jerawat yang tumbuh pada wanita yang sukar dihilangkan melalui penggunaan ubat biasa yang lain. Seperti ubat lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan yang boleh diundang berikutan penggunaannya seperti loya, muntah, cirit-birit, payu dara menjadi bengkak atau sakit, alahan, penat badan, bengkak pada buku lali dan kaki dan banyak lagi. Sekiranya anda mendapati mana-mana kesan ini atau yang tidak dinyatakan melanda anda, maka dengan segera anda dikehendaki bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan yang sedia ada bertambah teruk. Selain daripada itu juga, ubat ini janganlah anda memberikan kepada orang lain yang mempunyai simptom yang sama seperti anda. Oleh itu, ianya lebih baik untuk berjumpa dengan seorang doktor terlebih dahulu. Anda juga dicadangkan mengambil ubat ini atas arahan dan nasihat doktor sahaja serta jangan melebihi dos yang telah ditetapkan.